nuffnang

Saturday, December 25, 2010

Perlu Ke Jadi Polis Bahasa Di Blog?

Hari Sabtu nan indah... terima kasih Tuhan :)

It's 7:50am, cuti-cuti pun bangun awal?

Anyway, sementara menuggu si dia yg pastinya tengah tidur lagi, CikCloudy nak menulis sikit pasal perlukah kita menjadi POLIS BAHASA di blog?

Persoalan ni timbul dibenak fikiran CikCloudy kerana selalu sangat terjumpa penggunaan bahasa yang salah di blog. Well.. kat sini CikCloudy nak fokus kan kepada penggunaan bahasa Inggeris lah yer, sebab kalau nak amik kira penyalahgunaan ejaan, tatabahasa dll yg bahasa Melayu punyer memang semua dah maklum lah kan. Maksud CikCloudy rata-rata blogger Melayu terutamanya menggunakan bahasa pasar dan bahasa rojak dalam blog masing2 (termasuklah blog ini) dan mereka (dan saya juga) memang tahu la salah tapi disengajakan.

So, CikCloudy nak fokuskan penggunaan bahasa Inggeris yang salah je la, sebab macam kekadang tu segan (malu, bukan malas) tengok yg terang2 guna bahasa yg memberi maksud yang salah. Contoh yang paling senang, penggunaan life dan live. Ada yang letak kat header or banner blog contohnya, this blog is about my live... haa tang tu yang bila CikCloudy baca rasa aiyakkkk... sangat salah tuuu.. nak bagi tau blog owner ke tak nak? takut plak dilabel penyibuk je, tapi kalau tak tegur kesian la plak blog owner tu nanti kena terus menerus digelakkan oleh readers dan bloggers lain.

Pernah sekali dua CikCloudy menegur blog owner yang menggunakan bahasa Inggeris yang sangat jelas menyalahi maksud sebenar. Syukurlah so far tak pernah lagi la kena marah sebab tegur. :)

Kalau salah dari segi grammar tu CikCloudy pejam mata je la, sebab CikCloudy pun tak perfect jugak dalam bab2 grammar ni. Tapi kalau ada yang salah guna IS & ARE haisssshhh mcm geram je nak betulkan.. hehehe...

So, para pembacaku yang budiman, perlu ke kita jadi POLIS BAHASA?





auto published at 9am sebab at 8am dah memang ada entry lain yg dah di auto published kan

4 comments:

Anis Adila Aris said...

selmt guna bhasa melayu...hehe

Rohani Hashim said...

umm, hany pun pernah ditegur oleh blogger lain, personally bg hany, hany tak kesah tegur je lah...sbb hany tahu hany ni memang tak perfect in english...carca marba. tapi dlm menegur tuh pun, kena la elok2 kan. supaya org yg kite tegur tu tak rasa dihina.

tapi kan ini semua berbalek pada penerima. cara org tu terima mcm mana.

kalau ada yg slh kt belog hany tuh, cik cloudy tegur je eh (hehe prasan org baca belog dia nih)

zul permatang badak said...

perlu...memang perlu...kuasai bahasa melayu dengan baik...sehingga orang tak akan jemu mendengarnya....Walau bagaimapun orang melayu tidak akan dapat lari dari menggunakan bahasa pasar atau pun loghat daerah....tapi dalam penulisan berbentuk ilmiah mereka(penulis dimalaysia]tetap memertabatkan bahasa melayu...

miss cloudy said...

anis..
ye..selamattt.. :)

en zul..
ye betul tuu..setujuu

hany..
betul gak, nak tegur kena berhemah la kan