nuffnang

Saturday, October 30, 2010

Anak Mati Kerana Farmville

Ibu bunuh anak yang mengganggunya guna Facebook




JACKSONVILLE - Seorang ibu di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) mengaku salah menggoncang bayinya sehingga mati kerana marahkan anak kecil itu mengganggunya bermain permainan ladang siber, Farmville di Facebook, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Akhbar Florida Times-Union melaporkan ibu itu, Alexandra V. Tobias, 22 (gambar), mengaku bersalah di hadapan Hakim Adrian Soud pada Rabu lalu kerana membunuh bayinya yang baru berusia tiga bulan, Dylan Lee Edmondson.

Tobias kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Akhbar berkenaan menyatakan, mahkamah itu akan menetapkan hukuman pada Disember depan.

Akhbar Florida Times-Union menyatakan, Tobias memberitahu beberapa detektif dia menghisap sebatang rokok sebelum menggoncang semula anaknya itu.

Kepala anak kecil itu mungkin terhantuk semasa insiden tersebut.

Permainan Farmville dikeluarkan oleh firma Zynga.

Firma itu yang mendakwa 230 juta orang bermain permainan Internet keluarannya termasuk Mafia Wars," Treasure Isle, Zynga Poker, Cafe World, FishVille dan PetVille. - AFP

3 comments:

nur said...

isk.. kes macam ni pun ada jugak ye
ALL IN ONE

Shaz Naz said...

uiks..nyawa anak kn lg penting dari game nih sume..huhu

Anonymous said...

psl Fb sanggup bunuh anak lak...Cik cloudy jgn wat g2 nangis nnti Mr Monday..hehehe