nuffnang

Saturday, August 11, 2012

Pandelela Rinong


LONDON - Latihan keras selama lapan jam setiap hari akhirnya berbaloi buat ratu terjun Pandelela Rinong apabila meraih pingat gangsa acara 10 meter platform individu wanita, semalam.
Malah, dia sebelum ini tidak pernah bermimpi untuk menang pingat Olimpik memandangkan saingannya yang sangat mencabar.

Kata Pandelela, sebelum bertandang ke sini dia masih gusar dengan kemampuannya walaupun ketika itu baru memenangi pingat emas dalam acara yang sama di Sukan Komanwel India 2010.
‘‘Pada Sukan Komanwel penerjun China tidak ada jadi saya tidak mendapat saingan yang benar-benar kompetitif, begitu juga dalam Sukan Asia Guangzhou 2010 yang tidak membariskan penerjun dari Eropah.

‘‘Keadaan ini menyebabkan saya tidak mendapat keyakinan itu. Hanya di Sukan Olimpik semuanya berkumpul dan di kalangan mereka pula pernah untuk sekurang-kurangnya sekali menang gelaran dunia," katanya ketika ditemui di Perkampungan Sukan Olimpik London, semalam.

Pandelela mencipta sejarah menyumbang pingat kedua negara selepas badminton membuka tirai dengan menghadirkan sebutir perak menerusi pemain perseorangan, Datuk Lee Chong Wei minggu lalu.
Dia mencatat markah terkumpul 359.20 mata di belakang pemenang pingat perak, Brittany Broben (366.50) dan pemenang emas yang juga juara bertahan dari China, Chen Ruolin 422.30 mata.
Apa yang menakjubkan, ratu terjun negara itu bangkit dari ketinggalan di kedudukan ke-10 selepas terjunan pertama untuk mempamerkan persembahan garang meraih gangsa.

Menurut atlet kelahiran Sarawak itu lagi, keyakinannya bertambah kusut selepas mempamer persembahan menurun pada terjunan pertama dalam saingan final, sehingga mendorong jurulatihnya, Yang Zhuliang memberi kata-kata perangsang untuk meningkatkan semula keyakinan.
‘‘Ketika tidak bernasib baik dalam terjunan pertama, saya tidak mengendahkan soal mata dan soal menang pingat sebaliknya meneruskan terjunan dan meneruskan aksi dengan berusaha yang terbaik.
‘‘Saya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku dalam terjunan pertama, malah jurulatih saya pun meminta saya supaya lakukan terjunan seperti biasa dan fokus. Dia meminta saya bertenang dan lebih fokus pada terjunan berikutnya," ujarnya.

gambar pandelela rinong copy dari sini

Menurut Pandelela, dia gembira dan bangga memenangi pingat Olimpik dan menyifatkan ia adalah hasil usaha gigih dan pengorbanan yang dibuat selama ini. Pandelela mula dikesan bakatnya oleh jurulatih China, Wang Jin Lan dalam sukan terjun sejak usianya 8 tahun. - UTUSAN

No comments: