Hari ni satu Malaysia terganggu dengan video seorang perempuan yang mendera bayinya. Semua orang mengutuk perempuan tu kat facebook. Aku pada mulanya tak nak tengok video tu akhirnyer tengok jugak. Berderai air mata tengok bayi yg tak tahu apa-apa tu dipukul sesungguh hati, bertubi-tubi. Memang mengoncangkan jiwa bila tengok orang yg merakamkan video tu setakat menjerit marah. Teringat kat anak buah aku yg nampak hampir seusia bayi dalam video tu. Nak tulis ni pun rasa nak nangis lagi.. dan dikhabarkan perempuan kejam tu sedang menjalani hukuman penjara...
Wanita dera bayi sendiri sedang jalani hukuman
09/05/2012 7:22pm
KUALA LUMPUR – Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar secara meluas di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.
Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment