nuffnang

Thursday, April 22, 2010

Perlu RM1 Juta Untuk Hidup Selesa Selepas Bersara

Tadi baca berita kat Kosmo, Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia cakap, rakyat Malaysia perlu ada simpanan sebanyak RM1 juta utk hidup dgn selesa (mewah?) selepas bersama.... wahhhhh byk tuuuu.. mcm mana ek? tapi betul gak kan.. nilai RM1 sekarang dah tak sama dengan nilai RM1 pada tahun 1990 kan.. dulu RM1 dah boleh buat bekal belanja g sekolah, beli nasi ngan air dah sangat cukup.. skarang ni.. air teh o beng pun ada kedai/tempat yg jual seringgit lebih kan... iskk iskk..



KOSMO - Perlu RM1j untuk selesa selepas bersara
22/04/2010 5:15pm

KUCHING – Rakyat Malaysia memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia, Sasitharan Krishnan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di kalangan sebilangan besar pesara di negara ini, katanya, ramai yang tidak dapat mencapai jumlah simpanan yang sepatutnya dan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kerja walau pun selepas bersara.

Kegagalan membuat simpanan mencukupi, katanya, adalah disebabkan kerana mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan tiada sikap disiplin dalam menabung.

Kajian itu, menurutnya, turut menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini, saya menyarankan agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65 tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010.

Menurutnya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun. – Bernama

No comments: