nuffnang

Wednesday, September 30, 2009

Nuffnang: Glitterati

Statusku sudah kembali ke 'Glitterati' wuhuuu... taktik ku berhasil la kot.. aku buang satu blog yg sangat sikit hits nyer dalam akaun nuffnang aku tu...

Tremor...

It's all over my Facebook... semua kawan2 yg kat belah pantai barat dok citer pasal gegaran yg depa rasa dlm kul 6 ptg tadi.... My fren siap lari kuar umah lagi.. iskkk... scary kan...

Tuesday, September 29, 2009

Blackberry ke iPhone??

Aku sesungguhnya sangat teruja nak ada Blackberry, memang berangan sangat2lah nak ada Blackberry. Siap dah imagine bila dah ada Blackberry aku dah tak panggil Blackberry tu handphone dah, tapi akan cakap... "Eh... mana Berry I ye?" Cewaahhh... tapi apakan daya, hajat tak kesampaian (well at least for the time being lah).
Aku minat Blackberry Storm. Tapi sebab pertama yang membantutkan niat aku nak memiliki Blackberry nih ialah monthly bill ikut pakej nyer RM188! fuhhh... sangat tak practical la aku nak commit tu that, nak bayar streamyx lagi, bil astro lagi, owhh not to forget bil n prepaid maxis lagi... huhu..

Kalau terminate line Maxis... kalau line Celcom wat hal macam few days ago tak ke naya...

Another reason, Blackberry Storm nih tade wifi... memang la tak perlu dah pakai wifi sebab dah sah2 kan memang unlimited internet dah ada dalam pakej tu, tapi... according to the guy yg explain kat aku... kalau kita pi oversea, line internet Celcom tu takleh guna, so kena depend on wifi la nak berinternet, tapi kalau dah Blackberry Storm tu tade wifi camno...

Third reason, ada la few frens yg pakai dah penah pakai berry now pakai iPhone dah, n they said iPhone is better than blackberry...iskkk..

Hati dah tertawan kat berry, tapi bila tanya akal.. iPhone is the one...

tapi iPhone nyer pakej yg paling best RM148 per month tapi bukannyer unlimited internet access la pulakkk... lagi satu.. iPhone 3GS kena booking dulu, dalam masa lebih kurang sebulan baru dapat... iskkk lama tuuuu... yg iPhone 3G tak best sangattt....

Bila hati dan akal bersatu,fikir masak2... finally tak payah beli dua2 lah... senang citerrr....

owhh btw if nak blackberry yg ada wifi.. opt for blackberry curve, tapi aku tak suka plak design dia yg macam Nokia E71 tuu... bukan touch screen, tak canggih lor.. hahaha...

Blackberry Celcom untuk remaja


GOLONGAN remaja di negara ini pasti teruja kerana mereka yang berminat dengan telefon bimbit pintar Blackberry kini boleh memilikinya pada harga berpatutan dan beroperasi di atas talian prabayar Celcom Xpax.Bold


Naib Presiden Kanan Pemasaran, Celcom (Malaysia) Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata golongan remaja masa kini terdiri daripada mereka yang aktif menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial.


"Blackberry Curve 8520 adalah peranti paling tepat untuk mereka sejajar dengan inisiatif prapasang pelbagai aplikasi rangkaian sosial ke dalamnya untuk memudahkan lagi penggunaan, sedangkan harganya kelak amat berpatutan dan mampu dimiliki," katanya.

"Masyarakat Malaysia terutamanya remaja sentiasa menjadi pengguna tertinggi dalam perkhidmatan rangkaian sosial dan Facebook adalah petanda paling ketara apabila menjadi pengguna ketiga tertinggi di dunia," katanya lagi pada majlis pengenalannya kepada media di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Bagaimanapun, menurut Zalman pakej langganan dan harga Blackberry Curve 8520 itu belum ditentukan, namun yang pasti ianya amat berpatutan dan mampu dimiliki.

"Kami akan membuat pengumuman seminggu selepas hari raya nanti. Bagaimanapun, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan awal menerusi laman web dan mereka akan mendapat layan khas pada majlis pelancaran nanti," katanya lagi.
Blackberry Curve 8520 dilengkapi papan kekunci QWERTY, diperkasa oleh cip pemproses 512MHz, memori flash 256MB, kamera 2 megapiksel dan butang pantas untuk aplikasi multimedia untuk memudahkan pengguna pada kepantasan tinggi.


Blackberry Curve 8520

iPhone Tidak Ada MMS???

iPhone 3GS dua kali lebih pantas

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my



SEJAK iPhone diperkenalkan, ramai yang berebut men dapatkannya malah sebelum ia berada di pasaran Malaysia lagi pengguna mula membelinya secara ‘gelap’ atau mencari di negara lain.

Sehinggalah ia diperkenalkan, aura iPhone ternyata meng hangatkan industri mudah alih walaupun ada yang merungut model keluaran Apple itu tidak mempunyai keupayaan khidmat pesanan multimedia (MMS).Mujur, model terkini iaitu iPhone 3GS yang dibawa masuk baru-baru ini oleh Maxis Communications Bhd (Maxis) mengurangkan kegusaran tambahan pula telefon bimbit terbabit tampak lebih bersedia dengan ciri hebat lain.

Penulis mendapati, ciri utama pada model 3GS tersembunyi pada keupayaan pemprosesan yang dua kali lebih laju ber banding model sebelumnya serta fungsi arahan suara memudahkan komunikasi.

Huruf `S' itu sendiri membawa maksud kelajuan (speed) ditambah sistem operasi iPhone 3.0 generasi baru selain aplikasi baru, `Find My iPhone' turut menjadi tarikan baru iPhone.

Ia membolehkan pengguna mengesan kedudukan tele fonnya yang hilang atau

dicuri menggunakan sistem ‘online’ Apple `Mobile Me' menunjukkan lokasi telefon terbabit dalam peta yang di sediakan.

Pengguna yang ingin mencarinya boleh menghantar SMS untuk membuatkan iPhone berkenaan membunyikan siren tidak kira ketika dalam`mode' senyap atau tidak.

Apabila hendak membuat panggilan, penulis menggunakan khidmat kawalan suara yang memerlukan penulis berkata ‘Call …’ sebelum ia menyambungkannya kepada si penerima panggilan.

Tidak terhad kepada panggilan semata-mata, pengguna boleh memainkan muzik dengan menyebut ‘Play artist…’, ‘Play song…’ atau ‘what song is this?’ yang secara automatik memutarkan lagu kegemaran.

Model ini turut dilengkapi kamera 3.0 megapiksel yang disertakan dengan fungsi fokus secara automatik malah penulis boleh menentukan subjek yang perlu difokuskan dengan menyentuhnya menggunakan jari saja.

Antara fungsi lain menggembirakan penulis termasuk ciri menyunting video yang mana pengguna boleh memotong senario tidak diperlukan pada bahagian depan atau belakang video terbabit.

Seperti dipaparkan di iklan Maxis, iPhone 3GS mampu menyalin teks atau foto dari mana-mana laman web sebelum ia di’paste’kan ke e-mel membantu memudahkan urusan harian pengguna.

Bak kata pepatah, iPhone 3GS boleh digambarkan sebagai alah membeli, menang memakai.

>Spesifikasi

PRODUK: iPhone 3GS

HARGA: RM1,990 (8GB), RM2,490 (16GB) dan RM2,990 (32GB)

PENGELUAR: Apple Inc

PERTANYAAN: Maxis Communications Bhd

TELEFON: 1-800-82-1123

LAMAN WEB: www.maxis.com.my/iphone3gs



Whattt... iPhone tade MMS? even iPhone 3GS pun takde MMS ke? iskk nak kena google n find out nih betul ke yg model 3GS ni pun takde MMS...

Nih yg potong stim nih.. Blackberry Storm tade wifi, iPhone plak tade MMS.. iskk...

Monday, September 28, 2009

Di Matanya Aku Sudah 'Ordinary'

Sedih la, sebab cuti raya seminggu, ramai my blog readers yg turut sama bercuti dari berkunjung ke my cloudymonday nih...

Because of that NUFFNANG telah menukarkan membership status aku kepada 'Ordinary' no longer an exclusive member, no more glitterati status... huuuksss uhukss...

So, kena kerja keras nih nak dapat kan balik Glitterati status tuuu... kena post isu2 hangat mesti ramai yg berkunjungkan... tapi kalau letak post2 hangat artis ke, politik ke, macam tak best lah, macam that's too cheap lah kan...

Anyway, we'll see what happen in few days time... sebab today nyer hits macam dah back to normal lah...


so u guys n gals... keep on rockin' this cloudymonday ek... yeahhh!

Aku Suka Nak Start Keje Hari Ni.. Napa Semua Orang Dok Komplen Kena Keje Dah Hari nihh??

Esok keje yey!! (it's 12:25am - monday - 28 sept)

Apsal majoriti yg aku baca n tgk kat blog, kat FB dok whining pasal esok dah kena keje, iskk.. apsal aku happy je nak keje esok?? Aku yg pelik ke depa yg pelik? Hahahaa...

Ramai yg start keje esok... Seminggu dah kan bercuti raya, tak cukup lagi ke? Aku rasa if u feel like dragging urself to work after a week of holidays, then there must be something wrong somewhere. It's either u hate your job or just plain lazy... hahahha.. sedap nyer aku cakap kan...

But, seriously I'm excited to go to work tomorrow! Looking forward to be in my office... wahhh sangat serious gile kentang kah aku nih?? workaholic???? well.. ada masa nya I do hate my job too... tapi tu masa bulan nak dekat2 mengambang la... hahaha...

okeh... ok... aku excited nak g keje esok sebab nyerrr.....





nak melaram kasut baruuuu... keh..keh..kkehh... bukan kasut rayaaa... kasut tu beli lepas raya, baru semalam beli...

Ehh... gambar tu sekadar hiasan je... malas la nak g amik gamba kasut baru tu... heheeee

sekian....


selamat bekerja....



p/s: tulis malam tadi,saje auto publish pagi nih sebab nak dok paling top dlm blog list korang by the time korang masuk keje... hiikkksss...

Sunday, September 27, 2009

Mana Mau Cari Mende Nih Kat Kuantan?

Wahai pembaca blogku yg budiman... aku ada satu pertanyaan yg memerlukan bantuan sekalian pembaca semua terutamanya yg berada di Kuantan...
Mana mau cari (beli la) kaki utk BBQ pit yg mcm dalam gamba nih??? Biasanyer yg jual kat kedai just the BBQ pit or tempat bakar satay je kan.. tade kaki nyer, puas la duduk mencangkung kan time nak bakar ayam ka, satay ka, yg dlm gambar tu uncle aku punyer, dia pulak dapat dr my another uncle yg dok nun di utara tanahair...




so far aku dah cari kat Cowboy n few other places, tapi tade pun.. dah ada kaki nyer tu senang ler nak berBBQ sokmo kan.. hehehe....

Saturday, September 26, 2009

Thank You, Pak Polisi

On 25/sept (yesterday's nite) kiteorang beraya sampai ke tengah malam, sampai je umah ada kertas terselit kat grill umah... what could that paper be?? huhhh... tengok2...



terus rasa kagum, bagus nyer abang2 polis nih.. hehe.. siap ada surat peringatan lagi.. bagus kan, tapi napa tak tolong tutup kan pak polisi? hehehee... apa2pun.. it shows they did their work la kan...

Celcom Apa Citer Niiii

Celcom network failure caused by heavy traffic volume

PETALING JAYA: Celcom’s disrupted phone lines nationwide were gradually restored some 10 hours after the interruptions occurred.
“The failure was mainly due to heavy call volume which had increased by five folds during Aidilfitri,” said Celcom chief executive officer Datuk Seri Shazalli Ramly.
Other services such as SMS, email, GPRS, mobile broadband, roaming, IDD, and calls to other networks and fixed lines were unaffected.
As a result, some of its major network nodes experienced sudden overloading, causing a loss of signal between the nodes located at Kepong and Perda, Seberang Perai.
A call to the mobile service provider’s careline yesterday morning revealed their phone lines had been down since morning.
A pre-recorded voice message informed subscribers that they would experience some “disruption in taking and making calls in some parts of peninsular Malaysia”.
“We apologise for any inconvenience caused,” said the message.
A customer care consultant said there was a “network problem” affecting the whole country, including Sabah and Sarawak.
Haisshhh... sangat sakit hati wooo...! Line celcom wat hal 2 days ago... semalam kuar kat paper kata nyer due to heavy traffic... dah tu apsal maxis ok plak.. tak heavy kot traffic maxis.. yg paling tensen nyer bila nak connect to internet pun tak dapat, aku still kat umah my parents in KB, n the only way aku bleh online is thru celcom broadband, for the past 2 days memang problem nak get online, 2 days ago memang tak leh nak online langsung, semalam bleh online tghari during Jumaat prayer jap je, pastu dah tak leh nak get connected. Yang best nyer, kat press statement org Celcom cakap sms, broadband sume unaffacted..iskkk geram tulll...
Rasanyer because of what happened for the past few days, ramai la orang dok pk nak berhijrah ke maxis kan,paling kurang pun thinking of having maxis as a second line..
Malam tadi, aku tdo awal sebab dah tade mende nak buat, biasanyer online sampai takleh nak buka mata. Pagi nih, belum kul 8am aku dah wide awake...

Friday, September 25, 2009

Pergilah Bersolat Jumaat

KELEBIHAN HARI JUMAAT

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari pada setiap minggu.
Hari Jumaat juga hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya.

Ini jelas daripadaFirman Allah yang bermaksud:"Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamumengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamusekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah: Ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingandunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkanbahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Di dalamnya pula ada lima kelebihan iaitu:

1. Allah menjadikan Nabi Adam a.s.

2. Allah menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi.

3. Allah mematikan Nabi Adam a.s.

4. Terdapat satu saat yang mustajab dan sesiapa yang berdoa pada saat itunescaya Allah mengizinkannya selama ia tidak meminta-minta yang haram.

5. Terjadinya hari kiamat. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Ketinggian kedudukan hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain dinyatakanRasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud:"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat". (HadisRiwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Menyedari hakikat ini, pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hariJumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat namamereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktusembahyang telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku,memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya.


Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahdiri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan,kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepalaorang.Apabila masuk masjid, hendaklah kita sembahyang dua rakaat Tahayattul Masjidwalaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.


Sebaik-baiknya hendaklah iabersembahyang di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak laludi hadapannya ketika ia bersembahyang.Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah memasang telinga untuk mendengar nasihatdan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah kita orang yang ditujukan segalanasihat dan kata bicara imam tadi.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imamberkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah:Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imamsedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)


Ini menunjukkan kita tidak dibenarkan melarang orang yang sedang bercakapketika khatib berkhutbah dengan mengeluarkan suara. Untuk mendiamkan orang yangsedang berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah, harus dilakukan denganisyarat atau dengan melempar batu.Inilah antara perkara yang dituntut dan disunatkan ke atas jemaah pada hariJumaat. Namun sebahagian besar kita belum menghayati perintah memakmurkanmasjid ini.Ketika muazin melaungkan azan, masih ramai yang melepak dan berbual kosong dikaki lima atau di sekitar kawasan masjid.

Semangat 'marilah menuju kemenangan'yang dilaungkan seolah-olah tidak meresap ke sanubari jemaah.Ketika khatib mula membaca khutbah, ramai yang bercakap walau pun sebelum initelah diingatkan bahawa perbuatan bercakap sewaktu khatib membaca khutbahadalah perbuatan lagha (sia-sia) dan mengurangkan pahala Jumaat.

Sewaktu khatib membaca khutbah pula, ramai menundukkan kepala kerana mengantukdan sebahagiannya tertidur. Siapakah yang bersalah dalam perkara ini? Adakahkhutbah yang dibaca itu membosankan ataupun memang kita tidak berminat dengannasihat yang disampaikan.Yang nyata, sembahyang Jumaat hari ini tidak lebih satu ritual zaman berzamanmasyarakat Melayu-Islam, bukan kewajipan.

Apa yang berlaku ini ternyatamenyedihkan dan seharusnya kita membetulkan kelemahan itu.Sebaik-baiknya, perhimpunan seminggu sekali ini kita jadikan ruang untukmerenung kembali semangat perpaduan umat yang semakin terhakis dilanda aruskehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan.

Selesai sahaja Jumaat, jemaah berebut-rebut keluar masjid, seolah-olah ia penjara. Malah ada yang merungut khutbah terlalu panjang jika ia mengambil masa15 atau 20 minit.Kekuatan umat Islam terletak di atas keteguhan kita menghayati Islam. Jika kitatidak mengambil berat amal ibadat yang asas ini, selama itulah kita akan rugi.
Setiap detik hari Jumaat perlu dipenuhi untuk meningkatkan amalan solehsebanyak mungkin, berbanding hari lain.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, September 23, 2009

Maxis Ada Pakej Blackberry gak ke?



aku confuse dengan laporan akhbar nih... Blackberry bukan Celcom ke, Maxis plak IPhone..
Tapi nama pegawai pemasaran tu Matthew Willsher memang orang Maxis..

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri 2009



photo from: http://raykinzoku.fotopages.com/?&page=3

Alhamdulillah Aidilfitri tahun nih aku dapat menunaikan solat sunat aidilfitri bersama-sama dengan jemaah masjid berdekatan dengan rumah aku.

Melimpah ruah manusia kat masjid tadi, sampai ke jalan depan masjid. Aku yg datang tadelah lambat sangat pun terpaksa solat dekat tangga masjid, tapi nasib baik atas simen beralaskan sejadah yg aku bawak siap2 dari rumah, sebab dah expect dah sure dapat dok tempat yg kurang menarik...

Ermm.. cakap pasal g masjid nih, or g surau ke, aku nyer masalah paling besar kalau solat berjemaah ni ialah mata aku nih sokmo ternampak mende2 yg buat aku serba salah. Contohnya kain makcik depan aku terselaj terus nampak kaki atau pun orang kat sebelah aku plak rambut tepi dekat telinga dia terkeluar... haiishhh... so, what should I do?

Tadi makcik yg terkeluar rambut tu aku dengan berani nyer cakap kat dia ada rambut kuar, so dia pun betul2kan laa telekung dia... pastu aku tengok.. serupaaaa jekkk... kuar gakk.. haisshhh.. nilah yg wat aku tensennn... ketidak prihatinan depa aku yg jd serba salah... pakai la stokin kalau dah tau kain tu tak cukup panjang, kemaskan lah elok2 bagi semua aurat tertutup... iskkk...





Saturday, September 19, 2009

Celcom Broadband RM50 Per Month!

Dekat NUFFNANG aku everyday ada je keyword yg orang search "Celcom Broadband RM50".

So, arinih nak citer lagi lah pasal promosi Celcom Broadband RM50 nih, untuk makluman semua aku dah tanya Celcom, (so info nih memang sah la) promosi celcom broadband RM50 tu masih ada lagi sehingga 31st Oct 2009 atau while stock lasts, sebab smaybe ada esetengah branch dah abis stok dah walaupun tak sampai bulan Oktober lagi... so syarat utama nak langgan Celcom Broadband RM50 nih ialah anda mesti kakitangan kerajaan! Kalau ayah korang government servant tapi korang keje Kilang Ah Meng, still boleh.. pakai jek la nama ayah korang.. hehehe.. mcm mana nak apply? Paling senang g jek la kat mana2 Celcom branch yg berhampiran dengan anda...

Bila g Celcom tu bawak siap2, pay slip ke, kad pekerja ke, business card ke, apa2 je lah as a prove korang memang kakitangan kerajaan, staff MARA (Majlis Amanah Rakyat) pun buleh.. anak syarikat MARA pun buleh, coz still di consider as government...

Kalau tengok kat website celcom memang tade pun promosi nih... tapi if korang g outlet celcom for sure ada coz aku dah g dah yg kat KB nih... kalau dah rasa tak sempat2 dah nak langgan celcom broadband ni raya ketiga celcom dah buka... sesapa yg kat KB leh g celcom branch yg kat Taman Sri Cemerlang tuu...

okeh.. sekian khidmat masyarakat yg tak ditaja oleh sapa2.. hahaha....

Blog Jana Wang

Ramai yg tanya aku pasal macam mana boleh buat duit dengan blog, penat jugak nak explain kalau ada je yg tanya soalan samakan.. nih aku ada jumpe satu artikel kat Berita Harian yg mana sangat perfect utk dibaca oelh orang2 yg tanya pasal macam mana blog boleh buat duit ... (next time if ada yg tanya lagi aku bagi link to this entry jek la..senang keje.. heheh)

Tanya Pakar: Blog jana wang

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my

Tip raih pendapatan dari laman blog

TAHUKAH anda dengan hanya menulis blog, seseorang blogger (penulis blog) mampu memperoleh pendapatan tinggi? Jika penulis blog itu berpengaruh dengan jumlah kunjungan pembaca di laman blognya sangat tinggi, lebih besar pendapatan mampu diraihnya.

Sumber pendapatan bagi blogger datang daripada iklan produk yang dipaparkan dalam laman blog mereka. Sejumlah bayaran akan diterima seseorang blogger berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh iklan disiarkan; jumlah klik pada capaian (link) iklan dan terma lain yang dipersetujui antara pengiklan dan blogger.


Sejak pengiklanan menerusi blog diperkenalkan, senario penulisan blog juga berubah. Jika dulu kebanyakan blogger menjadikan blog sebagai ruang untuk meluahkan idea, mencatat diari atau kisah harian tanpa memikirkan soal keuntungan, ramai blogger sekarang mengubah rentak penulisan menepati kriteria laman blog yang menjana wang.


Dapat dilihat, gaya penulisan blogger yang bersifat santai sebelum ini, berubah kepada lebih sensasi dan kreatif. Ini adalah cara penulis blog menarik lebih ramai kunjungan pembaca serta kadar trafik. Hasilnya, pasti pengiklan tertarik mengiklankan produk dalam blog berkenaan.

Apabila ada iklan dalam blog, blogger lazimnya membuat ulasan mengenai produk yang dipaparkan dalam iklan terbabit selepas mencubanya.

Sesuai dengan kedudukan laman blog sebagai media baru dan pengaruhnya dalam menyebarkan maklumat, laman blog menjadi antara medium baru untuk sektor pengiklanan. Konsep pengiklanannya tidak jauh berbeza daripada bahan bacaan bercetak seperti akhbar dan majalah, cuma iklan menjadi lebih menarik kerana faktor kelebihan blog yang bersifat digital.

Bagi golongan blogger pula, kewujudan pengiklanan menerusi blog adalah peluang baik untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada hobi ini. Namun, ada blogger tidak berminat mengejar peluang meraih pendapatan biarpun blog mereka popular. Ini kerana mereka mungkin lebih senang menulis blog dengan bebas tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menarik perhatian lebih ramai pembaca dan pengiklan.

Biar apapun, tidak salah merebut peluang di depan mata. Asalkan jangan terlalu ghairah ‘membuat duit’ hingga tujuan asal menulis blog tersasar jauh. Jika ini berlaku, blogger juga akan kehilangan pembaca setia.

Berbicara lanjut mengenai pengiklanan di blog termasuk kriteria blog pilihan pengiklan, kolum Tanya Pakar menemubual Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif Nuffnang, pelopor komuniti pengiklanan blog Asia, Timothy Tiah.

Ilham menubuhkan komuniti timbul ketika Tiah menuntut di luar negara. Ketika menjalani latihan praktikal, Tiah membangunkan laman web yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan guru tuisyen dan pelajar. Menyedari perlunya mengiklankan perkhidmatan yang ada di laman web berkenaan, Tiah melihat potensi pengiklanan blog sebagai kaedah memasarkan produk.

Sehubungan itu, sejurus tamat pengajian, Tiah pulang ke Malaysia serta menubuhkan syarikat pengiklanan blog bersama rakan kongsi, Cheo Ming Shen. Komuniti ini berkembang begitu pantasi. Dalam tempoh sehari, seramai 300 ahli mendaftar di syarikat ini.

Ikuti temubual ini...

Bagaimana pengiklanan menerusi blog ini berlaku?

Seseorang blogger yang berminat menjadi komuniti Nuffnang akan mendaftar blog mereka dengan kami. Mereka akan mendapat kod ahli masing-masing.

Ciri-ciri blog mereka kemudian direkodkan untuk dirujuk apabila Nuffnang berurusan dengan syarikat yang hendak mengiklan. Bagi blogger secara individu, agak sukar untuk mereka ‘memasarkan’ blog mereka, jadi Nuffnang menjadi orang tengah antara blogger dan pengiklan.

Apakah kriteria blog yang dapat menarik iklan?

Seperti biasa, blog mestilah tinggi dari segi trafiknya. Ini bermakna ia sentiasa dikunjungi ramai pembaca. Selain itu, isi kandungan penulisan blog perlulah menarik perhatian untuk orang ramai membacanya.

Kumpulan sasaran pembaca blog juga boleh menjadi faktor pemilihan blog oleh pengiklan. Pengiklan lebih cenderung memilih blog yang pembacanya merangkumi golongan sasaran produk mereka.

Bagaimana dengan gaya penulisan? Adakah ia memainkan peranan dalam mendapatkan peluang pengiklanan?

Dari segi gaya penulisan, ia agak subjektif. Banyak juga blog yang gaya penulisannya sangat ringkas dan santai tapi disukai ramai pembaca. Selagi isi kandungannya bagus dan mendapat kunjungan pembaca yang ramai, tentunya blog itu yang menjadi pilihan pengiklan.

Berapa banyak bayaran yang boleh diperoleh seseorang blogger bagi iklan yang disiarkan dalam blog mereka?

Ia bergantung kepada tahap atau peringkat mana seseorang blogger itu. Lazimnya, blogger yang dikenali ramai serta mempunyai hit yang tinggi, bayaran untuk iklan yang diterima mereka juga tinggi.

Ada antara blogger menerima RM4,000 hingga RM5,000 untuk sebuah iklan.

Adakah iklan sekadar disiarkan di laman blog atau blogger diberi peluang mencuba produk terlebih dulu?

Ada berbagai pendekatan. Kadangkala, mereka hanya menyiarkan saja iklan di laman blog. Ada juga ketikanya, mereka meminta blogger mencuba dulu produk yang hendak diiklankan serta membuat ulasan.

Produk yang sering diiklankan melalui blog lazimnya produk barangan atau perkhidmatan yang diperlukan orang ramai.

Bagaimana agaknya tahap perkembangan pengiklanan blog tempatan jika dibandingkan dengan negara lain?

Bagi negara di rantau ini, Australia boleh dikatakan mendahului negara lain dari segi kecenderungan pengiklanan melalui blog. Ini diikuti Malaysia di mana syarikat pengeluar produk makin terbuka untuk mengiklankan produk mereka dalam talian.

Namun, ini tidak bermakna pengiklanan blog akan ‘mengambil tempat’ media lain sebagai medium pengiklanan utama. Saya percaya, media seperti akhbar dan televisyen masih mempunyai kuasa pengiklanan kerana ramai yang masih menganggapnya sumber hiburan utama.

Blog cuma menambah lagi pilihan medium pengiklanan masa kini.

Apa tip bagi blogger menjana pendapatan melalui laman blog mereka?

Saya sentiasa percaya, apabila kita menulis blog - tidak kira apapun tujuannya dan jika orang menyukainya, peluang untuk menjana pendapatan itu datang dengan sendiri.

Tidak perlu bertungkus-lumus atau mencuba sedaya-upaya menjadikan blog anda popular atau dipilih pengiklan. Jadilah diri anda sendiri. Memanglah blog yang boleh menjana wang memerlukan kadar trafik tinggi, namun sebagai seorang blogger mereka mesti berusaha menulis dengan baik.

Mahasiswa Malas Membaca?

Mahasiswa malas membaca?

Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

"BUKU mengasuh diri sasa bersuara, membaca menjadi jambatan bertuah, kita merindu buku dan ghairah baca, agar sentiasa canggih dan berhemah".


"BUKU mengasuh diri sasa bersuara, membaca menjadi jambatan bertuah, kita merindu buku dan ghairah baca, agar sentiasa canggih dan berhemah". Itulah kata-kata Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said menggambarkan betapa pentingnya membaca.


Selain itu, kempen membaca setiap tahun menunjukkan budaya membaca perlu ditanam dalam masyarakat terutama pelajar.Namun, sejauh mana kempen itu memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat terutama mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)? Benarkah berlaku kegersangan minat membaca di kalangan mahasiswa sehingga ia dijadikan topik perbincangan Wacana Malaysia Membaca di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.Majlis anjuran pelajar semester empat jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat, Pengurusan Pusat Sumber itu mendedahkan kepincangan membaca di kalangan mahasiswa.Tetapi pelik juga, mengapa mereka yang melanjutkan pelajaran di menara gading itu tiada minat membaca?Jika tidak membaca, bagaimana mampu memperoleh diploma atau ijazah?


A Samad melihat senario golongan muda khususnya pelajar IPT hanya membaca buku teks untuk mendapatkan segulung ijazah dan selepas itu, mereka tidak lagi membaca.Kebanyakan pelajar masa kini juga ghairah membaca bahan bacaan sia-sia, hiburan dan berbau seksual. Tetapi, apa faedah pelajar peroleh daripada bahan bacaan sedemikian?"Banyak ilmu diperoleh daripada membaca dan buku adalah sumber ilmu sangat berharga, bukan sekadar lulus peperiksaan," katanya.


Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Khairusy Syakirin Has Yun Hashim, berkata secara persepsinya, pelajar universiti kurang membaca dan hanya berkepit dengan buku bersifat ilmiah.Beliau berkata, mereka membaca hanya untuk lulus peperiksaan serta memenuhi kriteria pemarkahan kerja kursus.Namun, berdasarkan kajian terhadap 42 pelajar IPT mendapati mereka minat membaca walaupun skop tertumpu kepada karya fiksyen."Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan pelajar membaca lebih daripada lima buku setahun.


"Kajian itu turut mengubah kajian yang pernah dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) satu ketika dulu yang mengatakan rakyat di negara ini hanya membaca dua buku setahun," katanya.Namun, dari segi pembelian bahan bacaan di kalangan pelajar, hanya 48 peratus pelajar membeli buku dan baki 52 peratus tidak membeli buku."Ini bukan bermakna pelajar tidak membaca, sebaliknya kebanyakan mereka menggunakan perpustakaan universiti atau koleksi keluarga sebagai sumber mendapatkan bahan bacaan.


"Kebanyakan pelajar mahu membeli buku tetapi faktor harga membantut hasrat mereka, akhirnya mereka tidak membeli apa-apa."Kebanyakan buku ilmiah yang diimport mahal dan di perpustakaan, jumlahnya kecil berbanding mereka yang meminjam," katanya.Justeru, bagi menangani masalah itu dan menambah minat membaca, Khuirusy menyarankan gerakan membaca perlu lebih digiatkan terutama di kalangan pelajar.


"Wujudkan pengurusan pembacaan di universiti sebagai lambang kepada bermulanya satu generasi baru yang minat dan menyintai buku," katanya.Bagi bekas Pegawai Perancangan Bahasa Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jaafar Abdul Rahim, kegersangan minat membaca di kalangan pelajar IPT memang ada tetapi itu tidak penting.Menurutnya, apa yang perlu difokuskan adalah mereka yang minat membaca dan pelajar patut memburu gelaran pakar buku dengan membuka pemikiran melalui pembacaan dalam pelbagai bidang."Biasanya kita memperdebatkan mereka yang tidak minat membaca tetapi bagaimana pula mereka yang gila membaca?


"Dengan membaca, mereka punya idea selain membangunkan karakter seseorang."Justeru, saya meminta pensyarah memberi markah lebih kepada pelajar yang memberikan idea bernas, bukan 100 peratus daripada nota," katanya.Jaafar berkata, ilmu berubah setiap masa dan ia mengikut peredaran masa. Justeru, sebagai masyarakat terutama pelajar, kita perlu mendapatkan ilmu itu dengan membaca.


"Pembacaan bahan bacaan tidak akan mati walaupun teknologi kini semakin canggih kerana walau apapun yang terjadi, buku akan kekal menjadi sumber ilmu sampai bila-bila," katanya.Sementara itu, bagi pelajar tahun akhir Pengurusan Maklumat, Mohd Nabil Zulhemay, 24, berkata minat membaca itu akan lahir jika bahan bacaan itu difahami selain diminati.Bagaimanapun, daripada minat sebenar pelajar untuk membaca, katanya, kebanyakan pelajar hanya membaca buku untuk mendapatkan ijazah."Sebagai pelajar, saya tidak menafikan kebenaran terhadap kerisauan A Samad itu kerana pelajar hanya membaca untuk lulus peperiksaan."Mereka gemar keluar dengan rakan atau menghabiskan masa melakukan aktiviti lain selain membaca. Jika membaca pun, majalah hiburan," katanya.

Thursday, September 17, 2009

Blackberry Storm or IPhone 3G


Aku dalam dilema nih... mana satu nak pilih yek? Blackberry Storm or IPhone? Tadi dah g tengok Blackberry Storm kat celcom, dah berkenan dengan design nyer tapi yg aku tak berapa berkenan dgn features Blackberry ni tang dia tade wifi tu.. memang lah tak penting pun wifi sebab dah bleh guna internet dgn pakej yg dia bagi tu, tapi bila line celcom problem at least bleh la guna wifi utk online kan... satu lagi yg paling tak berkenan nyer pasal monthly fees nyer ialah RM188 per month! woooohhh.. kalau lebih guna lagi lebih la bayar, tapi if kurang guna tetap kena bayar RM188

So, aku survey IPhone plak... aku tak sempat nak g Maxis tadi, just call customer service je, yg paling best nyer IPhone tade stok plak skang nih... haiyakkk... kena booking n tunggu sebulan lebih kurang... iskkk gitu plakkk...

Pastu, I did a little research.. n found this youtube from jon4lakers yg suka buat review pasal gadget2 nih..











after watching this I still cannot make uo my mind.. IPhone ke Blackberry Storm?

Tuesday, September 15, 2009

Nokia N97 Mini Raoul

Nokia perkenal telefon edisi terhad N97 Mini RaoulOleh Husain Jahithusain@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Nokia dengan kerjasama dengan peruncit fesyen terkemuka, FJ Benjamin memperkenalkan Nokia N97 mini edisi terhad Raoul dan widget fesyen terbarunya pada persidangan dan pameran One Connected World di Kuala Lumpur hari ini.





Edisi terhada ini akan didatangkan dengan penutup belakang yang perkemas oleh tandatangan Raoul, pouch kulit, tali dan kotak khas Raoul.Menurut Pengurus Besar, Nokia Malaysia/Singapura/Brunei, Vlasta Berka, hanya 1,000 unit Nokia N97 Mini Edisi Terhad Raoul akan ditawarkan di Malaysia dan 1,000 unit lagi di Singapura.Widget fesyen itu pula dijangka akan diperluaskan ke model lain telefon bimbit Nokia termasuk N97, X6, 5530 XpressMusic, 5230 XpressMusic dan 5800 XpressMusic.





Buat masa ini, ia hanya diprapasang pada N97 mini, namun bagi pengguna di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand boleh memindah turun aplikasi itu dari Ovi Store.
Widget ini membolehkan pengguna mendapat berita-berita terkini mengenai jenama Raoul, koleksi Raoul dan mendapat lokasi kedai Raoul yang dipadankan dengan ciri GPS terbina dalam.








Oleh Husain Jahithusain@hmetro.com.my


mcm mana agaknyer rupa N97 Mini Raoul nih yek? Cari kat google.com pun takde.. nih je ada.. N97 je..



NOKIA N97

Monday, September 14, 2009

Oprah Winfrey - My Idol

Aku suka sangat tengok The Oprah Winfrey Show. Tapi yg tak best nyer skang ni astro asyik tayang rerun jekk...
Tadi jumpe artikel ni kat mstaronline
Kisah kekayaan wanita kulit hitam yang bangkit dari kemiskinan
Selebriti terkenal yang berusia 55 tahun ini cukup sinonim dengan program talk show 'The Oprah Winfrey Show'. foto-AP

KEKAYAAN bersihnya pada tahun lepas saja lebih dari 2.7 triliun dolar AS. Kehebatan personaliti terkenal yang bernama Oprah Winfrey setaraf dan sehebat tokoh-tokoh dan pemimpin terkenal dunia seperti Presiden Obama.

Nama sebenarnya ialah Oprah Gail Winfrey dan dia dilahirkan di Kosciusko, Mississippi, Amerika Syarikat pada 29 Januari 1954.

Selebriti terkenal yang berusia 55 tahun ini cukup sinonim dengan program talk show 'The Oprah Winfrey Show'.

Dia dibesarkan di sebuah ladang penternakan oleh neneknya, Hattie Mae selama enam tahun. Hattie adalah seorang yang keras hati.

Ketika berusia enam tahun, ibunya, Vernita, mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu di Milwaukee, Wisconsin dan akhirnya mengambil Oprah kembali dari neneknya.

Di Milwaukee, Oprah terpaksa tinggal sekamar bersama ibu dan dua saudara tiri, laki-laki dan perempuan. Setiap hari Vernita meninggalkan anak-anaknya pagi hari dan pulang pada malam hari barulah dia ada waktu untuk keluarganya.

Walaupun ibunya sering memberi perhatian istimewa kepada Oprah selalu hilang dari rumah. Sewaktu usianya 9 tahun, Oprah mengalami penderaan seksual oleh sepupunya yang berusia 19 tahun yang diamanahkan menjaganya. Oprah yakin itu kesalahannya dan tidak menceritakan apa yang ia alami kepada siapapun.

Ketika berusia 14 tahun, Oprah hamil dan bayinya meninggal tidak lama setelah dilahirkan. Ketika Oprah melarikan diri selama satu minggu dan ibunya memutuskan untuk menghantar Oprah tinggal dengan ayahnya di Nashville.

Oprah yang takut dengan ayahnya tidak betah dengan peraturan baru ini dan tidak mempunyai pilihan lain. Dia harus menunjukkan siapa diri dia yang sebenarnya.

ZAMAN REMAJA YANG PENUH DUGAAN

Di Milwaukee, Oprah terpaksa tinggal sekamar bersama ibu dan dua saudara tiri, laki-laki dan perempuan. foto-REUTERS

Pada umur 14 tahun, Oprah tinggal bersama ayahnya (Vernon Winfrey) dan ibu tiri nya (Zelma) yang juga merupakan anggota terhormat masyarakat Tennessee.

Ayah Oprah tidak boleh melihat sikap negatif Oprah terutama bila rekod penilaiannya juga buruk dan sering mendapat markah corot. Ayahnya mahukan dia menjadi pelajar pintar.

Pada mulanya, Oprah amat benci sekali peraturan tegas yang ditetapkan tetapi peraturan baru ini telah membuahkan hasil yang baik bila Oprah berubah menjadi pelajar yang pintar.

Oprah juga menjadi lebih ramah dan popular daripada sebelumnya.

Pada usia 17 tahun, dia mendapat kerja sebagai penyiar berita di sebuah stesen radio tempatan. Dia dibayar $100 seminggu, satu jumlah yang besar buat siswa sekolah menengah pada tahun 1970-an.

Dua tahun kemudian, dia mendapat tempat di Nashille sebagai wartawan dan penyiar berita.

THE OPRAH WINFREY SHOW

Oprah Winfrey merupakan antara wanita terkaya di dunia. foto-AP

Pada 1976, Oprah menjadi pengacara TV di Baltimore dan kemudian diketengahkan sebagai hos talk show yang bernama People Are Talking (Orang–orang Mulai Berbicara).

Pada 1984, Oprah mendapat peluang yang lebih besar bila dia diminta acarakan programnya sendiri disebuah stesen TV di Chicago yang bertajuk 'A. M. Chicago'.

Program ini ke udara pada waktu yang sama dengan acara Phill Donahue Show yang popular. Agak sukar untuk Oprah bersaing, apa lagi mengalahkan Phill dan takhtanya. Namun dalam waktu singkat, Oprah berjaya menjadi bintang di 120 kota besar di seluruh Amerika.

The Oprah Winfrey Show membuat penampilan pertama secara nasional pada tahun 1986. Program ini berjaya meraih sukses dengan cepat dengan menjadi pertunjukan yang paling popular di TV.

Kisah Oprah sebagai wanita kulit hitam yang bangkit dari kemiskinan dan menjadi bintang dengan bayaran tertinggi, tersebar begitu cepat sekali.

The Oprah Winfrey Show menjadi talk show nombor satu di saat itu dan ditonton oleh 48 juta penonton setiap minggunya di Amerika dan disiarkan secara internasional di 126 negara.

Pada bulan April tahun 2000, Oprah dan Majalah Hearts memperkenalkan O, The Oprah Magazine. Majalah tersebut menjadi majalah sukses dalam sejarah penerbitan dengan mendapat perhatian 2.3 juta pembaca setiap bulan.

Dalam bulan April 2002, Oprah melancarkan edisi pertama internasional dari O, The Oprah Magazine di Afrika Selatan.

IMPIAN MENJADI AKTRES MENJADI KENYATAAN

Sejak kecil Oprah ingin menjadi aktres. Impian ini berjaya direalisasikan apabila dia bercadang melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini melalui syarikat perfilemannya, Harpo Productions.

Setakat hari ini, antara filem yang terhasil ialah The Color Purple (1985) Native Son, The Women of Brewster Place (1989), Before Women Had Wings(1997) dan Beloved (1998). Oprah juga menjadi produser Broadway theatre "The Color Purple", mempunyai sitenya sendiri di alamat oprah.com dan memiliki radio satelit bernama Oprah and Friends.

Status perkahwinannya untuk ketika ini masih 'belum berkahwin' dan lebih selesa dengan kehidupan pasangan hidup Stedman Graham

source - mstaronline

Munchkin





Hari tu masa singgah kat Burger King yg kat Petronas Gombak (previous entry) Kiteorang singgah gak kat Dunkin Donat, aku tak beli gak pun... tapi ni bila tgk gambar ni mcm teringin plak..uwaaa..

Sunday, September 13, 2009

Nostalgia Membaca Buku; Enid Blyton and Sweet Valley High

Bermalas-malasan di hari Ahad nan indah..

Teringat pulak zaman baca buku Enid Blyton dulu, the word bermalas-malasan tu aku mula kenal masa baca buku Famous Five n Secret Seven, tapi aku dulu2 baca yg melayu punyer lah..




Bila diingatkan balik, buku-buku Enid Blyton nih la yg memupuk minat membaca aku masa kecik-kecik dulu, macam mana aku start baca buku-buku macam ni aku tak ingatlah.. tapi yg pasti sumber utama ialah library lah, seingat aku, aku selalu pergi perpustakaan awam negeri kelantan yg dekat Gelanggang Seni kat Kota Bharu tu... rasa kagum la plak kecik2 suka g library.. haha... seingat aku lah, idea nak g library tu bukan dari parents aku pun.. ntah mcm mana lah boleh datang idea every saturday nak g library, biasanya my mom lah yg akan hantar aku ngan my bro ke library, after few hours dia akan datang amik plak..


Baca buku Enid Blyton really opens up my mind... imaginasi sangat2 jadi tinggi...every time baca diaorang punyer adventure, I would imagine macam mana lah agaknyer tempat2 and adventure2 yg diaorang alami tu.. citer yg 7 Penyiasat tu kot kalau tak silap yg diaorang tu semua counsins, and ada sorang yg tomboy nama Georgina tapi panggil George yg bapak dia saintis tu... bestt sangattt baca citer2 tu... ada je adventure yg diaorang lalui...




ENID BLYTON

Masa syok dok baca Enid Blyton aku tak pernah fikir pun yg author dia, Enid Blyton nih seorang perempuan... later in life masa dah besar skit, baru aku tau dia ni perempuan. Memang ramai pun tak sangka yg Enid Blyton nih perempuan.
Enid Mary Blyton (11 August 189728 November 1968) was a British children's writer known as both Enid Blyton and Mary Pollock. She was one of the most successful children's storytellers of the twentieth century. She is noted for numerous series of books based on recurring characters and designed for different age groups. Her books have enjoyed popular success in many parts of the world, and have sold over 400 million copies. Blyton is the fifth most translated author worldwide:


Dari Enid Blyton, aku improve to Sweet Valley High, masa tu dah sekolah menengah la kan, dah mula start baca english teen novels, best nyer ingat dulu-dulu...





Buku SVH nih banyak yg aku beli sendiri, and aku suka sangat balut buku2 nih dengan plastic cover yg biasa kita balut buku teks sekolah tu... aku ingat lagi aku belajar balut buku nih dari sorang my chinese fren aku yg sangat kemas dalam bab2 balut2 buku nih.. ada seni dan cara tersendiri tau nak balut buku dengan kemas n cantik...

SVH nih aku baca buku dari Jessica n Elizabeth (twins) nih dari elementary school sampai lah dia kat university. TV series pun ada dibuat utk SVH nih, tapi aku lagi suka baca buku nye dari tgk tv series nyer.. sebab tak berkenan sangat dengan para pelakon nya...



nostalgic sungguh ingat kisah2 baca buku zaman remaja dulu... sekarang nih aku dah jarang baca novel, banyak baca buku self-help pulak...



Teringin Akan Burger King

Tetiba teringin nak makan Burger King lah pulak... tapi mana nak cari Burger King kat Kuantan nih? The nearest Burger King outlet is at Mesra Mall, Kerteh...



Ni actually gambar Burger King outlet yg dekat Stesen Petronas Gombak



Aku just teman kawan aku beli je.. masa tu tak teringin plak nak beli, sebab memikirkan kalau beli pun lambat lagi bleh makan...



ermmm... sedap nyerr..

Saturday, September 12, 2009

Chocolate



Kepada peminat coklat.. nikmatilah gambar nih... yumm.. lupa dah amik kat mana gamba nih.. tetiba terjumpe kat draft.. hehe

Caster Semenya: Juara Dunia Sah Khunsa

Aku tertarik dengan laporan KOSMO hari ni... meh kita baca


Juara dunia disahkan khunsa


SEMENYA menjuarai acara 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin baru-baru ini.


SYDNEY - Hasil ujian yang dilakukan terhadap juara dunia acara 800 meter wanita dari Afrika Selatan, Caster Semenya mendapati dia merupakan seorang khunsa, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Satu sumber yang mengetahui keputusan ujian itu berkata, Semenya memiliki organ seks lelaki dan wanita tanpa mempunyai rahim atau ovari.

Atlet wanita itu menjadi kebanggaan Afrika Selatan selepas dia memenangi pingat emas acara 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman baru-baru ini dengan catatan masa 1 minit 55.45 saat iaitu yang terpantas pada tahun ini.

Bintang berusia 18 tahun itu membuat kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Janeth Jepkos-Gei dengan kelebihan hampir dua setengah saat pada penampilan pertamanya dalam kejohanan bertaraf dunia.

Spekulasi bahawa Semenya seorang lelaki tercetus berikutan catatan masa itu dibuat ketika usianya masih muda.

Otot dan suaranya yang garau turut mencetuskan persoalan bahawa dia mungkin bukan seorang wanita.

Friday, September 11, 2009

Sept. Vs Aug.

September
Suave and compromising. true
Careful, cautious and organized. true
Likes to point out people's mistakes. ermm.. ye kot..
Likes to criticize. ermm yer kot..
Stubborn. kadang2
Quiet but able to talk well. true
Calm and cool. true
Kind and sympathetic. true
Concerned and detailed. true
Loyal but not always honest. haha...
Does work well. true
Very confident. at times
Sensitive. very
Thinking generous.
Good memory.
Clever and knowledgeable. true
Loves to look for information. sangattt true!
Must control oneself when criticizing.
Able to motivate oneself. sangattt true!
Understanding. True
Fun to be around. True
Secretive. True
Loves sports, leisure and traveling. true
Hardly shows emotions. beremosi dengan si dia je
Tends to bottle up feelings.
Very choosy, especially in relationships. haha... yesss!
Systematic. yess..strive to be very one


August
Loves to joke. yes
Attractive. yes
Suave and caring. yes
Brave and fearless. yes
Firm and has leadership qualities. not sure
Knows how to console others. kawan2 dia maybe la but not me
Too generous and egoistic. yes
Takes high pride of oneself.
Thirsty for praises.
Extraordinary spirit.
Easily angered. yes
Angry when provoked. yes
Easily jealous.yes
Observant. yes
Careful and cautious.
Thinks quickly.
Independent thoughts. dunno
Loves to lead and to be led. dunno
Loves to dream. yes
Talented in the arts, music and defense.
Sensitive but not petty. yes
Poor resistance against illnesses. yesss..sakit sokmo
Learns to relax. not sure
Hasty and trusty. yes
Romantic. yes
Loving and caring. yes, tapi kadang2 tak punn
Loves to make friends . yes

Thursday, September 10, 2009

My Wednesday

Tadi berbuka ngan si dia, first time tahun nih berbuka ngan my lalling.. tak suka sangat lah berbuka kat luar sebab nanti kalut nak solat plak...

Tapi, today is an exception lah.. kena gak berbuka sama... later we went to the masjid for solat terawih.. pastu balik dok umah diam-diam...

Tu jek la my day today... hahaha...

owhhh... tadi makan nasi kukus with ayam goreng berempah ngan kuah apa ntah... tapi tak amik gambarlah... dah lapar sangat tak ingat nak snap2 dah..

Wednesday, September 09, 2009

Nuffnang oh Nuffnang

Tadi baca kat kujie2.com pasal ada admin NUFFNANG yg datang mengintai blog dia... agak2 blog cik cloudy nih ada tak orang2 Nuffnang datang jenguk? For sure tadakk.. hahaha... sebab hits blog ni sangatlah ciput.. mcm mana yek nak jadi femes mcm redmummy.com tu? Nak kena tunggu jadi mummy dulu la kot yer? hehehe...

Anyway... word NUFFNANG tu kan... macam mana cara pronounce yg betul yer? NUFF tu pronounce NAF ke memang pronounce NUF with 'U' sound?

Satu lagi kan.. nak dapatkan advertorial dari nuffnang tu kan berapalah agak2nyer hits yg kite perlu sehari? seribu? 2 ribu? wahhhh kalu gitu jauh lagi laa aku...

Satu lagi... adakah...ermm mcm mana nak pose soklan nih ek...mcm ni.. akaun nuffnang aku ni sebenarnyakan aku ada multiple blogs yg dalam satu akaun nuffnang.. so.. soalan nyer, adakah blog (yg dalam byk2 blog yg dlm satu akaun tu) yg dapat 10-20 hits sehari tu akan effect income utk blog lain yg dapat byk hits? iskk.. tak reti la nak susun ayat nak tanya macam mana.. harap2 korang paham lah yer..

okeh.. tade dah satu lagi.. hikss..

nak p tdo...jap lg nk bangun sahur plakss..

Monday, September 07, 2009

Yummm yumm




Lepas buka posa ni sambil2 dok tgk tv, teringin plak nak makan Rojak Buah mcm dalam gambar kat atas tu...

Ehhh! baru teringat... dalam fridge ada buah jambu la... kuah rojak yg ala2 mcm tu pun ada la... yey!.. hehehe...

ok dahhh...


p/s: nak g selongkar peti ais...

Teringin...


http://dj-lrc.blogspot.com/



Teringin la plak nak makan DJ Lemon Rosemary Chicken tuu... tapi problemnyer... tade delivery ke Kuantan lah... next time g KL kena ingat utk order nih la ek.. hehe...

Sunday, September 06, 2009

Bankrap Kerana Kad Kredit


Jumlah Kebankrapan Yang Disebabkan Pengunaan Kad Kredit


Mempunyai kad kredit sekarang ni merupakan satu budaya dalam kehidupan kita. Ada kad kredit maknanya..berhutang dengan kredit kad lah... budaya ini telah menjadi satu kebiasaan pada zaman sekarang nih.. start je keje, mula lah applu kad kredit...

Aku dulu teruja sangat nak ada kredit kad sendiri, maklumlah masa kecik2 dulu bila tengok org pakai kredit kad rasa mcm wahhh kelasss nyerrr...

Tapi sekarang nih, bila dah ada kredit kad, bila nak guna rasa malu plak.. sebab yg sebetulnya, sapa yg pakai kredit kad tu ialah mereka yg tade duit... betul tak? Kalau ada duit napa nak nyusahkan diri pakai kredit kad kan.. kalau bagi reason tak sempat nak draw duit dari ATM...well agak tak memberangsangkan lah alasan tu kan, sebab skang ni,.. kat 7-11 pun dah ada ATM machine kan..

Aku ada banyak dengar kawan2 yg baru2 keje, yg muda2 belia lagi yg bermasalah dengan kad kredit, bukan masalah apa, tapi masalah berbelanja dgn tanpa berfikir bila guna kad kredit, berhutang dengan kad kredit pastu every month duit gaji banyak habis buat bayar hutang je. Pastu belum sampai hujung bulan duit cash dah abis, nak beli barang keperluan harian pun terpaksa guna kad kredit, maknanya tambanh lagi hutang kad kredit, pastu dapat gaji bayar,pastu the cycle starts again.. kalau tak buat something yg drastic dlm cara berbelanja memang takkan abis la hutang tu, makin bertambah hutang adalah.

Well... aku sendiri pun pernah experience benda mcm nih sebenarnye... memang sakit la jiwa bila every month RM300 - Rm500 duit gaji abis buat bayar hutang kad kredit je.. 2 years ago.. I made a promise to myself that I want to finish off paying my credit card.. alhamdulillah I managed to do so.. by end of the year aku berjaya tamatkan riwayat kad kredit tu and semua hutang kad kredit tu dibayar... alhamdulillah sesangat... that was 2 years ago... but now.. nampaknyer aku macam menuju kearah where I was 2 years ago... iskkk.. ni yg tak best nih.. so this month.. aku berazam nak betul2 jaga aku nyer spending... dah la raya nak dekat nih..

Tak nak belanja tak tentu pasal utk bulan nih.. bulan yg sangat kritikal nih,sebab bulan posa n next month nak raya kan... for sure byk duit nak gunakan...

hmmm... kita tengoklah mcm mana... tapi langkah berjimat yg paling bagus pada bulan ramadhan ni ialah, jangan g pasar ramadhan! Sila masak sendiri... hehe.. (alamak..baru plan nak berbuka ngan si dia kat luar..)

Friday, September 04, 2009

Petua Jadi Pasangan Yang Baik

10 tip menjadi pasangan yang baik



* Rujukan: \www.sekolahorangtua.com\
www.f-buzz.com


KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.

Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.

Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Minggu ini, Pesona berkongsi 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak. - JULIA ISMAIL


kosmo.com.my

Wednesday, September 02, 2009

Macam Tak Caya Je Itu Orang




Pendaki dari Perancis, Alain Robert yang juga dikenali sebagai "Spiderman" berdiri di puncak mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur selepas mendaki salah satu daripada menara setinggi 452 meter itu hari ini. Beliau bagaimanapun ditahan polis selepas itu atas kesalahan menceroboh kerana dipercayai melakukan pendakian tanpa kebenaran pihak pengurusan bangunan.--foto REUTERS




Spiderman Perancis ditahan polis selepas berjaya daki Menara Berkembar Petronas



KUALA LUMPUR: Pendaki daripada Perancis, Alain Robert atau lebih dikenali sebagai “Spiderman” telah ditahan polis hari ini selepas beliau berjaya mendaki Menara Berkembar Petronas setinggi 88-tingkat sehingga ke punca antena.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC I Abdul Samah Ahmad berkata, Alain ditahan atas dakwaan menceroboh.

Ini adalah percubaan kali ketiga Alain untuk mendaki Menara Berkembar Petronas yang suatu ketika dahulu pernah menjadi menara tertinggi di dunia.

Menurut laporan awal agensi berita asing, Alain berjaya membolosi kawalan ketat pihak sekuriti menara tersebut pada awal Subuh dan berjaya mendaki menara kedua.

Spiderman yang berusia 47 tahun itu telah berjaya mendaki 70 menara tinggi di seluruh dunia hanya menggunakan tangan dan kakinya tanpa bantuan peralatan mendaki. Antara menara popular yang pernah beliau daki ialah Empire State Building, the Sears Tower and Taipei 101.

Alain mempunyai laman webnya sendiri dan sering menghebahkan kepada dunia mengenai kejayaannya menerusi laman web tersebut.

Sementara itu, SAC I Abdul Samah berkata, polis telah menahan Alain untuk disoal siasat dan memeriksa kesahihan dokumen perjalanannya.

“Masalahnya ialah dia memanjat bangunan tanpa memperolehi permit daripada pihak pengurusan bangunan dan itu adalah satu perbuatan jenayah,” kata Abdul Samah.

Alain yang memakai baju berwarna gelap meraikan kejayaannya dengan berdiri di atas antena yang terdapat pada menara berkembar itu sambil mengangkat tangan menandakan kejayaannya.

Orang-ramai yang menyaksikan aksinya itu berkata, Alain mengambil masa kurang daripada dua jam untuk menamatkan pendakiannya sebelum memasang Jalur Gemilang pada antena tersebut.

Alain pertama kali mencuba untuk memanjat Menara Berkembar Petronas itu pada 20 Mac 1997 dan kemudian mencubanya sekali lagi pada 2007.


source: mstar online

Kek Cawan

yeszzserrr.. kek cawan lagi...hiks..

tadi aku saje2 jek la google kan 'resepi kek cawan', happy nyer bila tgk cloudymonday di tangga kedua! wahhh... memang ramai lah yg meng-google kek cawan skang nih.. tadi pun mcm ada terbaca dekat mstar online pasal erra fazira buat kek cawan? jappp.. nak cari ... takjumpe plak kat mstar tapi jumpe kat sini
http://fiq-life.blogspot.com/2009/08/erra-fazira-buat-bisnes-kek-cawan-di.html

mcm mana lah rupanyer kek cawan erra fazira tu yek.. tade plak dia letak gambar..

agak2 ada tak rupanyer macam ni...






comeyy sesangat kannn... well.. gambar nih aku amik kat

http://bakingproject.com/index.php/2008/10/17/class-at-cake-connection.html


kat kuantan ni ada tak org buat bisnis kek cawan yg mcm nih????