nuffnang

Friday, November 12, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Al-fatihah buat arwah Shamrin.. terkejut dengar berita ni kat hot.fm tadi.. mula nyer aku tatau sapa yg meninggal, saspen gak sebab tahu nyer bila fafau dok citer topik pagi ialah tak disangka-sangka.. then bila dengar berita kat hot.fm baru lah confirm tahu Shamrin dari kumpulan Fotograf dah meninggal dunia..dia rebah masa tengah main bola.. teringat pulak vdo yg aku tgk kat you tube dulu.. few footballers yg muda-muda belaka rebah masa main bola then meninggal..

Kematian adalah sebaik-baik pengajaran.. semoga kita semua sedar diri dan bersiap sedia untuk menuju ke arah itu...


Shamrin Fotograf meninggal dunia


SHAMRIN mati selepas bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.


dari kosmo.com.my

1 comment:

armouris said...

alfatihah! info tentang kematian ketika bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak